"Kita tidak mewarisi alam sekitar
daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan
datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa
alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Kita sedia maklum pencemaran alam
sudah menjadi perkara biasa untuk kita. Ini berpunca dari sebahagian pihak yang
tidak mengambil berat tentang pencemaran alam sekitar. Ada diantara kita yang
hanya sambil lewa dan tidak pernah kisah tentang perkara ini. Justeru, perkara
sebegini perlulah dititik beratkan agar alam sekitar kita terpelihara untuk
generasi akan datang. Oleh itu, anjakkan paradigma haruslah dilakukan agar
punca-punca pencemaran alam dapat dibendung.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan
kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran
bunyi. Senada dengan itu,
pencemaran udara dan pencemaran air nyata memberikan impak yang amat besar
kepada manusia sekiranya manusia masih lagi leka menghumban sampah sarap sesuka
hati atau ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap
yang terkumpul di kawasan tersebut akan menyekat aliran air lantas menyebabkan
takungan air. Hal ini amat dikhuatiri kerana berpotensi menyebabkan banjir
kilat dan juga menyebabkan penyakit yang kronik seperti wabak ta’un dan
malaria. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada
kilang menyebabkan ekosistem hidupan di dalam air terganggu apabila disalurkan
ke sungai atau laut. Ironinya, semua golongan tidak kira muda mahupun tua harus
cuba menitikberatkan dan menjaga alam sekitar agar tidak dicemari oleh
tangan manusia ataupun tangan kita sendiri.
Tambahan lagi, sikap manusia yang suka
mengaut keuntungan serta terlalu mengejar kemajuan teknologi Negara sehingga
terlupa bahawa mereka telah merosakkan muka bumi ini. Jadi, kealpaan ini
menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok
ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran
udara berlaku kerana gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak
dapat diserap oleh pokok-pokok kerana populasinya semakin berkurang akibat
ditebang. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana
tidak mahu tragedi berulang lagi seperti tragedi tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa pada 2009 menjadi bukti yang jelas bahawa hal ini tidak perlu
dibicarakan dan perlu dihentikan serta merta. Maka pemusnahan sumber asli bumi
haruslah dibendung agar populasinya terus meningkat dan tidak berkurangan
supaya generasi kita akan datang dapat melihatnya.
Di samping itu, masalah pencemaran alam
sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu
kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang dikemukakan
apabila ketenteraman penduduk mengakui terganggu dengan bunyi bising yang
terhasil daripada kilang-kilang besar seperti kilang kelapa sawit dan
sebagainya. Senada dengan itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan
pencemaran pencemaran udara yang sangat merbahaya. Hal yang demikian, pemprosesan
dari kilang-kilang yang menghasilkan asap tanpa kawalan boleh menyebabkan kesan
rumah hijau. Kesan rumah hijau akan menyebabkan penipisan lapisan ozon yang
boleh membawa penyakit kulit kepada manusia serta membawa maut kepada semua
hidupan marin dan darat. Disamping itu, asap yang terkumpul akan menyebabkan
hujan asid dan jerebu yang boleh menyebabkan tanaman musnah serta menyebabkan
peningkatan suhu bumi. Oleh yang demikian, pengusaha-pengusaha kilang perlulah
mengambil tindakan agar perkara ini dapat dibendung. Selain itu, pihak
pengusaha perlulah menjaga polisi syarikat agar tidak menjatuhkan nama syarikat
atas hal yang demikian. Setiap syarikat perlu menitikberatkan tata tertib dan
etika kerja yang sebetulnya agar tidak mencalarkan imej sesebuah syarikat. Maka
janganlah kita bersikap sambil lewa atas kerja yang kita lakukan untuk
kepentingan diri sendiri, Kita perlulah memikirkan perkara positifnya apabila
melakukan sesuatu perkara.
Antara cara yang lebih efektif untuk
memulihara dan memelihara alam sekitara adalah dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong dan mengadakan kempen. Pihak kerajaan dan NGO perlulah menganjurkan
aktiviti seperti ini agar masyarakat sedar akan kealpaan mereka tentang
pencemaran alam sekitar. Walhal, mereka tidak sedar yang mereka telah
merosakkan kazanah alam yang begitu berharga. Masyarakat perlu sedar dan perlu
menanamkan sifat sayang kepada alam sekitar agar tidak berlakunya pencemaran
alam secara berleluasa. Walaupun dengan hanya sedikit pengetahuan yang kita
tahu, sekurang-kurangnya kita dapat memupuk semangat dan cinta akan alam
sekitar. Antara program-program yang wajib diwujudkan adalah seperti
gotong-royong, kerana bergotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan
persekitaran malah ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan
diantara kaum. Justeru, program sebegini wajib dijalankan agar masyarakat kita
dapat kesedaran dalam mencintai alam sekitar dan tidak merosakan keindahan
kazanah alam ciptaan-Nya.
Namun begitu, sekiranya
pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita
haruslah memikirkan langkah-langkah yang efektif agar punca-punca
pencemaran ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses
pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan
kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada
runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan. Di samping itu,
pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak
diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memberi kesedaran kepada
mereka bahawa alam sekitar amat penting. Lebih penting lagi, untuk memastikan
langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan pemantauan dengan
kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi dalang dengan menerima
rasuah, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka
harus dihukum.
Tuntasnya, kita perlulah menjaga
persekitaran alam sekitar agar bumi kita tidak dipelopori oleh sampah-sarap yang
mencemari keindahan alam sekitar. Pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan
tegas dan penguatkuasaan undang-undang kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab yang merosakan alam sekitar. Sempena tahun melawat Malaysia
pada tahun ini, kita diwajibkan untuk menjaga kebersihan alam sekitar kita. Ianya
kerana kebersihan merupakan contoh dan teladan yang baik kepada Negara kita. Maka
orang luar tidak akan mengatakan bahawa Malaysia ini Negara yang kotor dan
jijik, malah mereka akan mencontohi budaya kebersihan Negara kita.
Kesimpulannya, kita sebagai Negara contoh
kepada negara-negara yang lain perlulah menjaga nama Malaysia sebaik yang
mungkin. Janganlah kita menjatuhkan nama Malaysia dengan perkara yang remeh-temeh
yang memburukkan imej Negara kita. Kita perlu berkerjasama dalam menjaga alam
sekitar agar tidak cemari oleh tangan manusia yang binasa. Masyarakat perlu
sedar akan kebinasaan yang mereka telah melakukannya tanpa sedar. Kita terlalu
mengejar kemewahan tanpa menyedari bahawa kita telah menghapuskan khazanah alam
dengan begitu sahaja tanpa mengira baik dan buruk. Justeru, sebagai Negara yang
Berjaya serta berpengatahuan, kita perlulah menitikberatkan keindahan alam
sekitar agar tidak dicemari. Khazanah bumi merupakan sesuatu yang tidak dapat
dinilai dengan wang ringgit serta tidak dapat ditukar dengan barang. Oleh itu,
janganlah sesekali kita mencemari muka bumi dengan sampah-sarap dan punca
pencemaran alam yang lainnya. Marilah kita bersama-sama kita membenteras
jenayah alam dengan menguatkuasakan undang-undang. Bak kata pepatah “sudah
terantuk,baru nak tergadah”.
No comments:
Post a Comment