Nama ku Muhammad Fareez Zahari, usia ku 19
tahun sekarang aku melanjutkkan pelajaran ku di KPTM Batu Pahat. Aku adalah
anak pertama dari tiga orang adik-beradik bersaudara. Aku mempunyai dua orang
adik perempuan. Adik yang kedua bernama Qhairun Nabila Binti Zahari (angah), usianya
18 tahun dan dia melanjutkkan pelajarannya di matrikulasi Pahang. Manakala adik
ketiga saya bernama Nor Hidayah Binti Zahari (dayah), usianya berusia 16 tahun
dan bersekolah di Sekolah Teknik Kuala Lumpur. Kami lahir dari keluarga yang
bersederhana yang cukup lah makan pagi kais pagi, makan petang makan petang.
Walau bagaimanapun, kehidupan kami bergitu selesa dengan adanya Ibu yang
menjadi pelengkap hidup kami sekeluarga.
Pagi Itu masa di rumah, seperti biasa ibu ku
bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya. Bertungkus-lumus ibu
menyiapkan sarapan di pagi hari. Aku menyapa ibu yang sebuk menyiapkan sarapan
pagi.” mama masak apa pagi nih, bau macam sedap jeh.” Ibu hanya tersengih bila
aku bertanyakan soalan sebegitu, Lalu mama menjawab.”Mama masak mi goreng basah
jeh”. Wah, bunyinya pun sudah mengecurkan anak tekak. Selepas siap sahaja masak
mi goreng basah adik-adikku yang masih lena dibuai mimpi terus dikejutkan ibu
untuk bersarapan bersama-sama. Aku lah orang yang pertama yang mengambil lauk. Selepas
makan sarapan pagi, kami adik-beradik menonton television bersama-sama.
Pada tengah hari tepat jam 12.30, ibu
bersiap-siap untuk ke kedai untuk membeli lauk untuk makan tengah hari. Hari
ini Ibu ingin memasak yang ala kadar sahaja. Cukup lah untuk mengalas perut
sahaja.” hari ni mama masak yang biasa-biasa sahaja ngah,Angah tak kisahkan.” Ibu
mengajukan soalan itu kepada adik keduaku. Lalu dia menjawab “Angah tak kisah
ma,janji kita anak beranak kenyang”. Mungkin itu sahaja jawapan yang mampu
diberikan kepada Ibu untuk menyedapkan hatinya. Selepas sahaja balik dari
kedai, kami sekeluarga bersama-sama menyiapkan masakan makanan tengah hari. Agak
riuh lah juga sebabnya kami hanya tahu asas-asas memasak hanya sedikit. Ibu
membebel itu dan ini, yang itu salah, yang ini salah. Mungkin ada sebab mama
menegur kami. Maklum lah, sebelum ini hanya mama sahaja yang memasak yang tidak
dicampur oleh kami, senang kerjanya tak ada yang menganggu. Aku hanya mampu
ketawa dan tersenyum apabila melihat keadaan seperti ini berlaku. Rasa seronok
apabila melihat telatah Ibu yang kencah membuat kerja di dapur.
Selesai sahaja memasak dan makan tengah hari
pada hari itu, kami sekeluarga solat zohor secara berjemaah. Aku menjadi imam
kepada mereka. Selepas selesai sahaja solat zohor, kami sekeluarga membuat hal
masing-masing. Aku hanya duduk di bilik merehatkan tubuh badan. Manakala adik
bongsu aku melakukan kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya di sekolah. Lalu
dia dibantu oleh kakaknya untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. “Angah macam mana
nak buat matematik nih.” Dengan rajinnya Angah menolong adiknya yang meminta
tolong untuk diajar. Ibu sudah merebahkan badan dikamarnya seperti aku. Mungkin
ibu penat memasak dan mengemas rumah sebentar tadi. Tak lama kemudian, Ibu
memanggil nama ku di bilik kamarnya. Agak terkejut juga apabila Ibu memanggil
ku secara tiba-tiba. Lantas aku pergi ke biliknya tanpa banyak soalan. Ibu
menanyakan soalan kepada ku “engkau tengah buat apa kat bilik tuh,ulangkaji
ke?”, Aku hanya mengelengkan kepala tanda tidak. ”Along baring-baring jeh
maa,tak ada buat apa-apa pun.”, ”kalau macam tu, tolong mama urutkan kaki mama
nih sakit-sakit lah kaki mama nih”. Dengan pantas aku turuti perintah mama
tanpa banyak soalan. Ini disebabkan mama melakukan banyak kerja yang dilakukan
sebentar tadi.
Pagi sabtu aku telah bersiap-siap untuk
balik ke tempat pengajian ku seperti biasa. Ibu bertungkus-lumus menyiapkan
sarapan untuk ku untuk dibekalkan dalam perjalan pulang ke Batu Pahat. Batu Pahat
adalah tempat aku belajar selama 3 tahun. Tanpa membuang masa, aku bergegas
untuk mandi dan bersiap untuk pulang ke asrama. Dengan secara cepatnya aku
bersiap,”gedebuk” aku terjatuh tergelincir disebabkan lantai yang licin.Agak
sakit jugalah,tapi aku cuba untuk bertahan dari kesakitan.Ibu menjerit kerana
kerisauan,”Ko dah kenapa jatuh nih,angau ke”. Pertanyaan mama sedikit melucukan
menyebabkan aku tertawa. Mama menghiburkan hatiku walaupun sudah jatuh macam
nangka busuk. Lantas aku terus bangun dan bersiap untuk pulang ke asrama. Agak
kelam-kabut juga disebabkan waktu bas akan bertolak pada jam 09.30 pagi dan jam
menunjukkan kul 08.25 minit pagi. Selepas selesai sahaja aku bersiap, mama
sudah pun bersiap untuk menghantar aku pulang bersama-sama, makanan yang dia
sudah bekal disisip kemas di tepi beg sandang ku. Menu hari ini,nasi goreng
cina bersama ayam goreng. Agak menyelerakan kerana aku tidak sempat untuk
bersarapan pada pagi itu. Mama pesan “kalau ko nak makan,makan lah dalam bas
tuh”. Aku menganguk tanda setuju dengan cadangan mama. Tanpa melengahkan masa, aku
terus bergerak ke stesyen bas menaik LRT dan turun di Bandar Tasik Selatan
bersama Ibu dan adik-beradikku. Jam menunjukkan 09.15 minit pagi, hanya tinggal
15 minit untuk bersama-sama ibu di hari ini. Mungkin aku tak akan berjumpa dia
lagi pada hari-hari yang lain, mungkin pada cuti yang lama barulah aku
menjumpainya semula.
Aku menaiki bas dan Ibu setia menunggu
anaknya untuk bertolak ke batu pahat. Sebelum menaiki bas aku bersalaman
dengannya tanda meminta restu dan berkat untuk pulang ke asrama.”Belajar
elok-elok, senang nanti ko nak kahwin”. Aku mula ketawa dengan soalan mama
seperti itu. ”iye mama, nanti along dah berjaya dah kahwin along belikan mama
rumah banglo”. Mama hanya tersenyum dengan jawapan yang aku berikan. Berkat
seorang anak hanyalah pada Ibu dan bapa nya dan jangan pernah sekali derhaka
kepada kedua orang tua kita. Itu adalah pesan yang aku tertipkan dihatiku. Restu
dan berkat doa Ibu merupakan tungjang utama kejayaan seseorang anak. Maka
jangan lah ber “ah” sekali pun atau melawan kata-kata ibu maka berdosa lah
seorang anak itu kepada ibunya. Allah S.W.T murka dan doanya tidak akan di
makbulkan dan segala cita-citanya untuk berjaya musnah. Pesanan ini mungkin
banyak memberi pengajaran kepada diriku untuk tidak derhaka kepada ibu. Syurga
seorang anak adalah ditapak kaki Ibunya.
Perjalan yang mengambil 4 jam dari kuala
lumpur ke batu pahat memakan masa yang agak lama dan meletihkan, Alhamdulillah
aku sudah selamat sampai ke batu pahat. Aku terus menelifon mama dan ingin
mengatakan bahawa aku sudah sampai di Batu Pahat.”tut, tut, tutt, tututt,” deringan
demi deringan akhirnya dijawab telefonnya. ”mama, Along dah sampai Batu Pahat
ni”. Ibuku mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.”Dah sampai tu bawa-bawa lah
berehat, makan makanan yang mama bekalkan tuh”. Aku hanya mengiyakan sahaja
pertanyaan mama itu. Tanpa berlengah lagi, aku menaikan bas untuk pulang ke
asrama.
Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang
masih menyayangi ku. Walaupun aku ketiadaan seorang ayah disisi. Ibulah menjadi
ayah dan menjadi tonggak utama dalam keluarga aku. Tiada siapa yang boleh
menggantikan tempat beliau sebagai seorang Ibu dan seorang Ayah. Terima kasih
Ibu yang banyak berjasa dengan titik peluhmu mencari rezeki kepada kami
sekeluarga tanpa mengharapkan sebarang balasan dan tidak pernah jemu melayan
kerenah anak-anakmu ini.
Ibu
engkau lah ratu hatiku…
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-hadapi-apa-pun-4-zodiak-ini.html
ReplyDeletehttp://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-jatuh-cinta-bikin-berat-badan.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong