Kisah ini
merupakan "perjalanan hidupku" yang penuh liku-liku kehidupan. Aku
sebagai anak sulung dari tiga adik-beradik menjadi tunjang utama dalam
keluarga. Aku ingin mengimbas kembali carta aliran keluarga aku bermula. Mungkin
aku boleh coretkan didalam blog ku ini.
Aku merupakan anak yatim yang kehilangan seorang bapa dan juga kehilangan kasih sayangnya. Apabila di ingati, ianya amat perit sekali jika kehilangan seorang insan yang bergelar bapa. Mungkin takdir telah menentukannya. Aku perlu redha dan tabah mengharungi. Sekarang ini Ibuku yang menjadi "BAPA" kepada anak-anaknya. Dialah tulang empat kerat kami sekeluarga. Beliaulah yang mencari rezeki, menyedikan tempat tinggal bagi keselesaan kami. Kehidupan kami pada masa itu amat lah bersederhana seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Itu sahaja yang mampu Ibu ku lakukan untuk mencari sesuap nasi kepada anak-anaknya.
Aku ingin mengimbas kembali zaman kecil ku. Pada masa itu, adik bongsu ku bertanyakan soalan yang menyentuh segenap hati Ibuku. Dia bertanyakan "siapa (AYAH) mama?","Kenapa Dia tak tengok adik mama,"Dia pergi mana mama?".Hampir berjuraian air mata Ibu ku pada masa itu, tetapi Ibu menahan juraian air matanya.Ibu menjawab "Ayahmu pergi ke tempat kerja yang jauh sayang". Mungkin itu boleh menjadi jawapan yang ditanyakan kepada adik bongsu ku. Hati siapa yang tidak sebak bila ditanyakan soalan sebegitu.Walaubagaimanapun hakikatnya, Dia (AYAH) telah pergi untuk selama-lamanya.
Kini waktu telah pun memakan usia,hampir 16 tahun dia (AYAH) meninggalkan kami sekeluarga. Kami sedar dan bangkit dari kekalahan hati yang sayu. Pemergiannya ditanggisi tangisan air mata anak-anaknya.Walaubagaimanapun, kami adik beradik perlu tabah dalam mengharungi perjalan hidup tanpa dirinya di sisi. Aku berharap adik-beradikku berjaya dalam hidup dan kerjaya meraka. Manakala, diharapkan segala cita-cita Ibu ingin melihat anaknya berjaya akan kami sampaikan dan doa kami kepada Ibu tidak akan pernah putus.
Kini anak-anak Ibu telah pun melanjutkan pelajarannya. Dengan berkat dan doa Ibu, kami telah pun berjaya mengharunginya. Aku sebagai anak sulung perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik. Diharapkan mereka dapat mencontohi jejak langkah seperti (AYAH). Jasa baik Ibu tidak akan kami lupakan. Segala pergorbanan Ibu kepada kami tidak akan pernah terbalas kepada kami Ibu. Terima kasih Ibu.
Itu sahaja cerita yang telah ku karangkan di sini, diharapkan ianya akan menjadi iktibar kepada diri ku dan adik-adik ku. Bagi memenuhi impiannya untuk melihat kami berjaya seperti (AYAH), kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam hidup kami adik-beradik. Semoga Ayah disana tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Terima kasih untuk segala-galanya.
"Bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "apabila seorang anak Adam mati maka putuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu Ilmu yang bermanfaat, Sedekah jariahnya, dan doa anak-anak yang soleh".
Terima Kasih...